HAZIQ AZHARI & CO
← All articles← Semua artikel

Employment Law BriefingEmployment Law Briefing

Melting Trust: how a RM7.5 million zinc heist cost a loyal supervisor his jobMelting Trust: bagaimana kecurian zink bernilai RM7.5 juta menyebabkan seorang penyelia setia hilang kerja

By Muhajir Wazinie Morchseinie, PartnerOleh Muhajir Wazinie Morchseinie, Rakan Kongsi

Reference: Rujukan: Mukilan a/l Murugayah v. IGC Industrial Galvanizers Corporation (M) Sdn Bhd, Award No. 96 of 2025, Industrial Court of Malaysia

Melting Trust: how a RM7.5 million zinc heist cost a loyal supervisor his job

Seventeen years, one theft scheme

For seventeen years, the Claimant supervised the night shift at a galvanizing plant in Nilai. In 2022, an anonymous tip-off unravelled a theft operation allegedly running since 2017, costing his employer an estimated RM7.5 to RM8.3 million.

His defence: he was only following his manager's orders. The Industrial Court did not buy it.

Tujuh belas tahun, satu skim kecurian

Selama tujuh belas tahun, Pihak Menuntut menyelia syif malam di sebuah kilang penggalvanian di Nilai. Pada 2022, satu maklumat tanpa nama membongkar operasi kecurian yang didakwa berlaku sejak 2017, dengan anggaran kerugian majikan sebanyak RM7.5 hingga RM8.3 juta.

Pembelaannya: dia hanya mengikut arahan pengurusnya. Mahkamah Perusahaan tidak menerima alasan itu.

What counts as misconduct?

Under the Industrial Relations Act 1967, the employer must prove two things before the Industrial Court: that the alleged misconduct actually happened, and that it was serious enough to amount to “just cause or excuse” for dismissal.

Misconduct includes theft, dishonesty, breach of trust and knowingly assisting others to break the rules. The employer carries the burden of proof, on a balance of probabilities, throughout.

Apa itu salah laku?

Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, majikan perlu membuktikan dua perkara di hadapan Mahkamah Perusahaan: bahawa salah laku itu benar-benar berlaku, dan ia cukup serius untuk menjadi “sebab atau alasan yang adil” bagi pembuangan kerja.

Salah laku termasuk kecurian, ketidakjujuran, pecah amanah dan dengan sengaja membantu orang lain melanggar peraturan. Beban pembuktian terletak pada majikan sepanjang masa, atas imbangan kebarangkalian.

A zinc job that ran for years

Production Supervisors moulded stolen molten zinc into ingots, hid MZR blocks in “jumbo bags” and loaded them onto a customer's lorry parked in a CCTV blind spot, driven straight past the weighbridge.

The Claimant admitted he had instructed workers to prepare, pack and load the stolen blocks, and had known about the scheme for roughly a year.

Kecurian zink yang berlarutan bertahun-tahun

Penyelia Pengeluaran membentuk zink cair yang dicuri menjadi jongkong, menyembunyikan blok MZR dalam “jumbo bag”, dan memuatkannya ke atas lori seorang pelanggan yang diletakkan di kawasan tidak dilitupi CCTV, lalu dipandu terus melepasi jambatan timbang.

Pihak Menuntut mengaku dia sendiri mengarahkan pekerja menyediakan, membungkus dan memuatkan blok yang dicuri, dan telah mengetahui tentang skim itu kira-kira setahun sebelum ditangkap.

Why “I was just following orders” failed

No defence in unlawful obedience. An employee must obey lawful, reasonable instructions, not criminal ones.

Silence is not an excuse. The scheme ran for years while he said nothing and kept participating.

Long service is not a shield. Tenure earns respect, not immunity.

Kenapa alasan “saya hanya ikut arahan” gagal

Kepatuhan kepada arahan yang menyalahi undang-undang bukan pembelaan. Pekerja wajib mematuhi arahan yang sah dan munasabah, bukan arahan jenayah.

Berdiam diri bukan alasan. Skim itu berlarutan bertahun-tahun sedangkan dia diam dan terus terlibat.

Tempoh perkhidmatan yang lama bukan perisai. Ia wajar dihormati, tetapi tidak memberi kekebalan.

A formal hearing isn't always required

The Court confirmed that a dismissal can still stand even without a domestic inquiry, so long as the misconduct is proven at trial.

Weighing CCTV footage, an independent investigation report and the Claimant's own admissions, the Court ruled the dismissal was with just cause and excuse. His claim was dismissed.

Siasatan dalaman tidak semestinya diperlukan

Mahkamah mengesahkan bahawa pembuangan kerja masih boleh dikekalkan walaupun tanpa siasatan dalaman (domestic inquiry), asalkan salah laku itu dibuktikan semasa perbicaraan.

Setelah menimbang rakaman CCTV, laporan siasatan bebas dan pengakuan Pihak Menuntut sendiri, Mahkamah memutuskan pembuangan kerja itu dibuat dengan sebab dan alasan yang adil. Tuntutannya ditolak.

The takeaway

For employers: thorough, well-documented investigations, with statements, footage and a clear paper trail, are what make a dismissal defensible.

For employees: an unlawful instruction from your boss is not a licence to break the law, and it will not protect your job. If asked to do something you know is wrong, refuse and report it.

Pengajaran

Untuk majikan: siasatan yang teliti dan didokumenkan dengan baik, termasuk pernyataan, rakaman dan rekod bertulis yang jelas, menjadikan pembuangan kerja boleh dipertahankan.

Untuk pekerja: arahan yang menyalahi undang-undang daripada majikan bukan lesen untuk melanggar undang-undang, dan ia tidak akan melindungi pekerjaan anda. Jika diminta melakukan sesuatu yang anda tahu salah, tolak dan laporkan.

Need advice on your own situation?Perlukan nasihat untuk situasi anda?
Send an enquiryHantar pertanyaanWhatsApp

This article is general information only and does not constitute legal advice. Reading it does not create a lawyer–client relationship.Artikel ini ialah maklumat am sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Membacanya tidak mewujudkan hubungan peguam–anak guam.
© 2026 Haziq Azhari & Co · Instagram